Blog Elektrik & Elektronik

03/12/2009

Info Kesihatan – Kepentingan Ion Negatif Dalam Kehidupan

Difailkan di bawah: Uncatagorized — abdul sapawi @ 9:45 pm
Tags:

Suasana segar di awal pagi. Kesegaran ini semakin berkurangan menjelang tengahari. Kesegaran meningkat selepas hujan turun. Kesegaran juga bertambah di pinggir-pinggir hutan, di tebing air terjun atau ditepi sungai yang airnya mengalir deras. Persoalannya bukan tentang suasana yang segar itu, tetapi mengapa ia berlaku. Topik ini akan memwacanakan fenomena ini.

Kesegaran sebenarnya berkait rapat dengan ion negatif. Semakin banyak ion negative, semakin segar suasana. Pada dini hari, embun terbentuk dan embun ini akan hilang dipanah mentari. Ketika tersurainya embun ini ion negatif terbentuk. Dan inilah yang menjadikan suasana pagi segar. Apabila mentari semakin terik, kandungan ion negatif semakin berkurangan sementara ion positif meningkat. Ketika ini, suasana tidak segar lagi kerana ion positif meletihkan kita.

Selepas hujan, terutamanya hujan ribut, kandungan ion negatif bertambah dan sebab itulah suasana menjadi segar semula. Percikan-percikan air hujan ini sebenarnya menghasilkan ion-ion negatif. Itulah sebabnya keadaan di pinggir air terjun dan sungai terdapat banyak ion negatif kerana percikan-percikan air yang banyak itu.

Mengapa kita memerlukan banyak ion negatif? Mengapa ion negatif menyegarkan kita? Jawapannya mudah sahaja iaitu kita perlu banyak ion negatif bagi menseimbangkan persekitaran yang terlalu banyak ion positif. Ion negatif menjadikan darah kita mengalir lebih lancar. Ini adalah kerana ion negatif akan menjadikan darah kita mampu memerangkap banyak oksigen untuk dibekalkan kepada tubuh badan kita. Apabila terdapat banyak oksigen, organ-organ dan tisu-tisu badan akan berfungsi dengan lebih baik lagi.

(lagi…)

23/11/2009

Emas Bukan Sekadar Pengalir Yang Terbaik Tetapi…

Difailkan di bawah: Uncatagorized — abdul sapawi @ 11:08 pm
Tags: ,

Emas Pengalir Yang Terbaik?

Ketika saya mula-mula belajar bidang kejuruteraan elektrik dalam topik penebat & pengalir, mengikut susur jalur pengalir dan emas merupakan pengalir yang terbaik di kalangan pengalir-pengalir diikuti dengan silver dan kuprum. Ini adalah kerana emas adalah sangat mahakl harganya. Selain itu ia emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan persekitaran. Secara kimianya, logam emas ini tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling, jongkong dan barangan kemas.

Sejarah Emas

Emas (Sanskrit jval, Greek χρυσος = chrysos, Latin aurum, Anglo-Saxon gold) telah diketahui sebagai sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi. Hieroglif Mesir (2600 SM) mengatakan logam dan emas ada dinyatakan beberapa kali dalam Perjanjian Lama (Old Testament). Penjelajahan orang Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah) ke benua Amerika digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru, dan Colombia.

Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut. Matlamat utama ahli kimia adalah untuk menghasilkan emas daripada bahan yang lain, seperti karbon — kemungkinan melalui tindak balas dengan sejenis bahan dongengan yang digelar philosopher’s stone. Meskipun usaha mereka tidak pernah mendapat hasil, namun ahli alkimia telah menaikkan keminatan terhadap bidang melibatkan unsur, yang menjadi asas kepada bidang kimia masa kini. Simbol mereka untuk emas ialah bulatan dengan titik di tengah-tengah, yang merupakan simbol matahari dalam bidang astrologi. Pada kurun ke-19, perpindahan secara beramai-ramai disebabkan penemuan emas berlaku bila-bila sahaja longgokan emas dijumpai, termasuklah di California, Colorado, Otago, Australia, Black Hills, dan perpindahan beramai-ramai Klondike.

(lagi…)

19/11/2009

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut?

Difailkan di bawah: Elektronik, Komputer — abdul sapawi @ 4:37 pm
Tags:

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada di antaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada di antaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot – otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.

New Zealand Medic al Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.
(lagi…)

10/11/2009

Rangkaian Jalur Lebar Menggunakan Wayar Elektrik – Broadband Over Powerline

Difailkan di bawah: Elektrik, Kabel — abdul sapawi @ 4:13 pm
Tags:

slowinternet

SEMENJAK pengumuman Bajet 2010 yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, rakyat semakin terdedah dengan persaingan sengit para penyedia kemudahan perkhidmatan Internet broadband. Kadang kala saya sekeluarga tergelak besar melihatkan pendekatan iklan mereka yang mencuit hati.

Saya baru sahaja meneliti laporan yang dikeluarkan oleh beberapa badan penyelidikan tersohor dunia berkenaan kesan daripada kemudahan Internet broadband terhadap sesebuah negara. Perincian kajian jelas membuktikan perkhidmatan Internet broadband ataupun jalur lebar ini nyata ada impak positif yang signifikan terhadap perkembangan ekonomi dan sosial sesebuah negara.

Dalam suatu perangkaan 2008 yang dikumpulkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pengguna Internet berdaftar di rumah adalah 85 peratus tertumpu di kawasan bandar dan 15 peratus di kawasan luar bandar.

Kesan daripada itu, masyarakat ‘urban’ dilihat semakin mudah memperolehi maklumat semasa dan berita terkini. Akses kini tidak terhad hanya melalui komputer sahaja, tetapi juga melalui telefon bimbit dan PDA.

(lagi…)

03/11/2009

Petir tidak kenal siapa?

Difailkan di bawah: Kecederaan & Kemalangan, Kilat, Petir — abdul sapawi @ 3:33 pm
Tags: ,

KUANTAN: Seorang penternak di Kampung Sepat di sini terkejut selepas mendapati 13 ekor lembu ternakannya mati dipercayai disambar petir. Mat Salleh Awang, 58, berkata kejadian dipercayai berlaku berikutan keadaan hujan lebat dan ribut petir. Katanya, pada kebiasaan, kira-kira 50 ekor ternakan termasuk kambing dan kerbau miliknya pulang ke kandang menjelang malam, namun 13 ekor lembu terbabit langsung tidak kelihatan. “Saya tidak mengesyaki apa-apa kejadian buruk berlaku hinggalah diberitahu oleh kawan saya pada 8 pagi tadi tentang penemuan bangkai kesemua lembu itu di kawasan ladang kira-kira 1.5 kilometer dari rumah saya,” katanya ketika ditemui di sini. Katanya, setibanya di situ, dia mendapati terdapat kesan terbakar di beberapa bahagian pada kesemua bangkai lembu itu. Mat Salleh berkata, dia kemudian menghubungi pihak Jabatan Veterina dan hasil pemeriksaan katanya, mengesahkan punca kejadian akibat panahan petir. Katanya, kerugian dianggarkan bernilai lebih RM7,000.

-Bernama

Kalau kita lihat di sini bahawa petir tidak mengenal siapa samaada lembu atau orang ia tetap akan menuju kepada apa yang hendak sambar. Pelik kan? Kuantiti lembu yang mati ini adalah banyak. Mungkin lembu – lembu ini bermain air sewaktu hujan atau merendamkan kakinya dalam takungan air di tengah padang, hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu!

Untuk info petir & kilat, klik di sini ye!

31/10/2009

Gelang Magnet Merosakkan Jantung?

Difailkan di bawah: Uncatagorized — abdul sapawi @ 9:56 pm
Tags:

Isu pemakaian gelang magnet di kalangan kaum lelaki kini menjadi perbualan hangat di media massa. Pelbagai spekulasi dibahaskan mengenai pemakaian gelang yang kini boleh diibaratkan sebagai satu trend yang melanda kaum lelaki di Malaysia. Di mana sahaja kita pasti boleh melihat ramai lelaki memakai gelang magnet kerana menganggapnya sebagai terapi kesihatan. Namun sejauh mana kesannya pada kesihatan kita atau akan menyebabkan kesan sampingan lebih-lebih lagi pada organ utama dalam badan kita iaitu jantung.? Sila klik di sini untuk info.

26/10/2009

Elektrik… tanpamu siapalah kita….

Difailkan di bawah: Elektrik, Tenaga — abdul sapawi @ 12:22 am
Tags:

hydro-power

Sentuhan mautmu membuatkan ramai yang kecundang…

Elektrik dihasilkan dengan gumpalan wayar yang berputar (rotor) ‘membelah’ medan elektrik (stator). Dengan mengambil kira prinsip elektromagnet (Hukum Faraday dan Hukum Lenz), interaksi antara wayar bergerak dengan medan elekrik akan menghasilkan ‘potential’ (V). Kesan ini akan menyebabkan arus elektrik akan mengalir melalui konduktor.

Untuk menghasilkan pusingan rotor, rotor disambungkan dengan bilah-bilah turbin yang disusun dengan cara yang tertentu agar penggerak perdana seperti gas, stim atau air boleh menggerakkan mereka. Artikel ini sebenarnya ingin menerangkan jenis-jenis dan konsep operasi stesen janakuasa elektrik. Bekalan elektrik adalah suatu keperluan dimasa kini dimana penggunaannya amat penting untuk meneruskan kehidupan seharian.

Terdapat 8 jenis stesen janakuasa paling umum digunakan sekarang ini. Operasinya lebih kurang sama iaitu untuk memutarkan turbin dan menghasilkan tenaga elektrik.

(lagi…)

13/10/2009

Alat Penjimat Elektrik – Bagaimana ia berfungsi?

Difailkan di bawah: DIY, Elektrik, Litar, Peralatan Rumah — abdul sapawi @ 10:59 am
Tags: , , ,

Bila kita bercerita pasal bil elektrik rumah, tentu setiap orang akan mengeluh dan merungut kenapalah bil elektrik rumah tidak turun-turun. Langkah penjimatan sudah dibuat tetapi hasilnya tidak seberapa. Bagi yang bil elektrik rumah yang tinggi mungkin terdetik dihati, kalau bil elektrik bulan depan rendah lagi bagus kan, dapatlah jimat dan bolehlah lebihan duit bayaran bil yang biasa dibuat digunakan untuk bayaran bil-bil lain seperti astro ke, air ke, telefon ke apa-apa sajalah.

Bagi tujuan untuk penjimatan ini maka terciptalah alat yang berfungsi sebagaimana penjimat elektrik yang biasa kita lihat ada di jual di pasaraya besar atau pun di beli secara online di internet. Adakah ianya berfungsi sebagai penjimat elektrik dan bagaimana ia berfungsi? Di sini saya ingin membincangkan konsep ataupun teori yang digunakan dalam pembikinan alat penjimatan elektrik ini.

APA ITU FAKTOR KUASA?

Faktor kuasa adalah satu angka atau peratus yang menggambarkan kecekapan sesuatu alat elektrik menggunakan kuasa elektrik. Kuasa masukan kepada sesuatu alat atau mesin elektrik tidak seratus peratus boleh diperolehi pada bahagian keluaran alat atau mesin tersebut. Sebahagian dari kuasa masukan tersebut akan digunakan atau hilang didalam alat atau mesin. Oleh itu kuasa keluaran mestilah kurang dari kuasa masukan dan ia digambarkan dengan angka 0 hingga 1.

Faktor kuasa maksima ialah 1. Ini bermakna 100% kuasa masukan boleh diperolehi sebagai kuasa keluaran. Alat-alat yang bersifat resistive tanpa apa-apa gelung didalamnya seperti mentol filamen, pemanas air, stereka elektrik selalunya mempunyai faktor kuasa 1.

Alat-alat yang mengandungi gelung iaitu bersifat induktif seperti cok, ballast, motor elektrik, alternator dan alatubah mempunyai faktor kuasa kurang dari satu. Ini disebabkan gelung memerlukan kuasa untuk mewujudkan medan magnet sebelum alat-alat tadi dapat berfungsi.

Faktor kuasa yang boleh diterima pakai oleh semua pihak iaitu pembekal kuasa dan pengguna serta pembuat barangan elektrik ialah tidak kurang dari 0.85.

(lagi…)

04/10/2009

LED – Lampu Teknologi Masa Depan?

Difailkan di bawah: Elektrik, Elektronik — abdul sapawi @ 10:11 pm
Tags: ,
Teknologi Lampu LED - Lampu Masa Hadapan

Teknologi Lampu LED - Lampu Masa Depan

Percaya atau tidak lampu konvesional perlu ditukar setiap 15 bulan tetapi lampu LED mampu bertahan selama 10 tahun. Lampu yang digunakan di dunia pada masa ini adalah lampu mentol atau pijar dan lampu kalimantang. Tahukah anda bahawa kedua-duanya beroperasi secara pemanasan dan turut mengeluarkan gas-gas berbahaya seperti halogen, merkuri dan karbon dioksida? Mengenai aspek pemanasan pula, jangankan lampu kalimantang yang dipasang sehari suntuk, lampu yang baru dipasang tidak sampai 10 minit pun sudah terasa panas jika anda menyentuh kaca lampu tersebut. Menyedari peningkatan pencemaran dan kadar pemanasan global yang disumbangkan oleh lampu, negara Australia telah pun mengharamkan penggunaan lampu pijar dan kalimantang. Menjelang tahun 2010, negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand telah memandatorikan penukaran semua lampu mentol berfilamen dan kalimantang konvensional kepada satu lampu alternatif.

(lagi…)

30/09/2009

Bukti Baru Menyatakan Talian Kuasa Elektrik Voltan Tinggi Sebabkan Kanser

Difailkan di bawah: Elektrik, Tenaga — abdul sapawi @ 11:36 pm
Tags: , , , ,

emf

Bukti baru betapa talian kuasa elektrik voltan tinggi menyebabkan kanser dengan menjadikan butiran pencemaran melekat ke paru-paru manusia telah didedahkan oleh pasukan kajian dari Universiti Bristol.

Kajian pasukan itu menunjukkan yang butiran asap kereta mendapat charge elektrik dari talian kuasa elektrik yang menjadikan mereka ‘melekit’- menyebabkan orang yang tinggal berhampiran talian itu terdedah kepada 2 atau 3 kali dos harian bahan cemar yang berpotensi merosakkan peparu mereka.

David Henshaw dari Universiti Bristol berkata penemuan itu ialah ‘hubungkait yang hilang’ yang menunjukkan bagaimana talian kuasa boleh menyebabkan kejadian kanser secara berkelompok- sesuatu yang industri elektrik sejagat telah belanjakan jutaan Pound mengkaji tanpa mendapat jawapan yang tepat.

(lagi…)

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com.